landsay

This user hasn't shared any biographical information

Homepage: https://landsaypeterd.wordpress.com

Soalan T4

Dear Travian Players,

New Travian 4 had a great launch and we are getting a lot of positive feedback.
We want to thank your for the contructive feedback we got during the Beta tests.

During the last weeks we collected the most asked questions around all Travian countries and wil answer them. Some detailed some not 😉 As we want to have suprises left for you.

Best Regards
Travian HQ

Player : Will there be a release of a “lite” graphic pack for T4
soon? Something about a low resolution version.

Travian : Yes, within the next week we will start to roll out a low resolution / low bandwidth
version, in every country.

Player : Is TG planning to release a mobile or facebook version?

Travian : Travian is not planning to release a facebook application in the near future.
A mobile version is a very interesting option for Travian and we are currently
evaluating the possibilities.

Player : Will there be T3.6 servers? If yes, will there be
speedservers?

Travian : We know a lot of people like T3.6, so we will keep T3.6 as Travian Classic.
If we have enough Travian Classic players in a country, starting a Travian Classic
Speed-Server is an option for us.

Player : Will we see more special servers in the future?
World Championship, Nordic Championship, servers
with other goals than WW etc.

Travian : Yes, in the second half of the year we will start a worldwide qualification for our
Travian World Championship.
And yes, there might be other special servers in the future.

Player : Will TG begin a more aggressive approach towards bot
users?

Travian : We already start to test a new system and the first results are very very promising.

Player : Female heroes . Will they be added?

Travian : Yes

Player : Will there be a new graphical style for the forums?

Travian : Yes, we will have the Travian 4 gaphics and style in the forums, as soon as we have
a new version of vBulletin.

Player : What about speed x2, x3 and x5 – will there be restarts,
and if so, which version (T3.6 or T4)?

Travian : We will have different speeds and versions, but not on a regular basis.
Version, speed and how many servers there are depends on how many people we
have in a country playing Travian 4 or Travian Classic.

Player : Will there be a new tribe (4th, maybe 5th?)

Travian : Never say never 🙂

Player : Will we get a longer link/village list?

Travian : Yes.

Player : Can I transfer my gold from T3.6 on T4?

Travian : Yes, this is already possible.

Player : Exchanged gold from silver can be transferred?

Travian : You can just transfer the same amount of gold that you purchased.

Player : Will be there prizes for winning a server?

Travian : In the future we will have prizes for the winners of our championships.

Player : Will the finals of the tournament played in T3 or T4?

Travian : The finalists can vote in which version the finals will be played.

Player : Is Travian becoming more gold-oriented?

Travian : Far from it! With Travian 4 and the new auction system, every player – even those
who don’t buy any gold – can get gold from other players by selling items found by your hero.

Dirembat dari : forum.travian.com.my

Leave a comment

[RENUNGAN BERSAMA] KISAH POKOK EPAL

Renungan Bersama

KISAH POKOK EPAL

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu… budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.
“Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab budak remaja itu.
“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu…
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.
“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya budak itu. “Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. ” Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu.
Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan
pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.
“Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka
bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita
untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau
menolongku?” tanya lelaki itu.

“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau
boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat
belayar dengan gembira,” cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu.
Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali
lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah
usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang
pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

“Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau.
Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat
rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan
akar yang hampir mati…” kata pokok epal itu dengan nada pilu.

“Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk
memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk
memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk
belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat,” jawab lelaki tua
itu.

“Jika begitu, berehatlah di perduku,” cadang pokok epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan
berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

 

CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR
TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK
EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA
KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA
KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK
MENERUSKAN HIDUP.

KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI
MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN
BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA
ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN
TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL
ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAKANAK
MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA
KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.
SEMOGA CERITA INI MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA

Leave a comment

[RENUNGAN BERSAMA] DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA


RENUNGAN BERSAMA

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”. Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya.” Jawab wanita cantik. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” Desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, “Saya… telah berzina”. Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun…lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya… cekik lehernya sampai… mati,” ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!”… teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?” “Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa yang kian keliru. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina”.

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).

PERHATIAN !!!

Petikan ini dipetik dari Blog kumpulan Nasyid yang HEBAT !!!!!
Sila ke : http://all_one.blogspot.com/

*Ustaz Sham yang x pernah aku lupakan,,,huhuuhuhu..don’t worry…saya support band Ustaz,,kekekeke

Leave a comment

[T4] Perak

ada 4 cara untuk mendapatkan Perak

  1. Pengembaraan adalah salah satu cara nya, anda tidak akan selalu dapat Perak namun bila anda ada luck anda akan dapat Perak dalam jumlah yg banyak dan itu seperti anda mendapatkan gold.
  2. Anda akan mendapatkan hadiah dari questmaster setelah menyelesaikan Pengembaraan yang ke 27, 500 Perak sudah terisi pada menu plus anda
  3. ada menu jual beli Perak (perhatikan penjelasan / gambar dibawah ini)
  4. Perak juga boleh didapati dari menjual/melelong item2 yang di dapat dari Pengembaraan Wira anda  (adventure)

untuk 1 gold anda akan mendapat 100 Perak, dan
untuk 200 Perak anda akan mendapat 1 gold

tidak adil bukan? memang tidak ada yang adil pada  perdagangan di dunia ini!,,,kekekeke

adventure/Pengembaraan


Pergi ke Plus Menu


Plus Menu


Menu Jual/Beli Gold/Perak

yaaa.. pertukaran Perak boleh anda dapat dari menu plus, berbeza dengan T3 pada T4,,,ada menu tambahan yang berfungsi untuk jual beli Gold/Perak

Leave a comment

[T4] Pengembaraan

hari ini saya ingin menjelaskan mengenai Pengembaraan pada Wira anda.
pada T4 ini ada menu tambahan pada Wira anda,PENGEMBARAAN !

menu ini boleh dilihat pada gambar yang berada di sebelah Wira  anda, yang kolum kecil paling atas .

dan bila anda masuk ke menu tersebut ini lah  yang akan muncul

bila anda melakukan Pengembaraan, Wira anda akan Pengembaraan yang diberikan oleh questmaster, disini (Pengembaraan Wira) tidak ada akan dapat lakukan apa-apa perkara, anda hanya menghantar Wira anda dan … biarkan dia yang membawa hadiah untuk anda.

Anda perlu klik “start adventure” untuk melakukan Pengembaraan…

  • tingkatkan  kekuatan menyerang pada Wira anda, yang anda dapatkan dari “pengalaman” bertempur
  • bawalah “item” yang meningkatkan kekuatan menyerang pada Wira anda

apa saja yang boleh anda dapatkan dari Pengembaraan Wira :

  1. Tidak ada (kecuali berkurangnya kesihatan dan bertambahnya pengalaman)
  2. Peralatan bertahan / senjata
  3. Peralatan yg lain
  4. Perak
  5. Sumber Alam
  6. Pasukan

DATANGNYA PENGEMBARAAN

pada saat anda mendaftar anda akan pasti dapat 3 Pengembaraan pertama.

ok … pada server speed 1 x (normal)

  • hari 1 – 3 : 3 Pengembaraan setiap hari
  • hari 4 – 7 : 2 Pengembaraan setiap hari
  • hari 8-21 : 1,2 Pengembaraan setiap hari
  • hari 22 – akhir server : 0,6 Pengembaraan setiap hari

anda mungkin boleh dapatkan 6 Pengembaraan sekaligus pada hari yang sama tapi itu bermakna sebenarnya anda tidak selesai kan Pengembaraan pada hari2 yg lepas….,

bagaimana dengan speed 3x ?

oleh kerana speed nye 3 kali ganda,,,darab je la dengan 3….

  • hari 1 / 3 – 3 / 3 : 3 Pengembaraan setiap hari 1 / 3 (= 8jam)
  • Hari 4 / 3 – 7 / 3 : 2 Pengembaraan setiap hari 1 / 3
  • hari ke 8 / 3 – 21 / 3 : 1,2 Pengembaraan setiap hari 1 / 3
  • Hari 22 / 3 – end server : 0,6 Pengembaraan setiap hari 1 / 3

Pening? hmm.. nampaknya anda perlu belajar balik cara mengira… .. kekekekee

Leave a comment

Pengumuman pemenang MY2 [R2]

kawan2 travian yang dikasihi,
*************
setiap yang bermula pasti akan berakhir,begitu jugak dengan server 2 ini,sebaik level 100 diclick,bermacam2 dugaan diterima dari musuh mahupun kawan,tp tahniah dan sejuta perhargaan aku nak ucapkan kepada kawan2 smua,yang banyak membantu aku,1 tahun lebih kita bersama tanpa disedari,mesti korang smua lupa bila tarik s2 ni dioperasikan
game start 05.02.2010 – 00:00 (379 days)

aku syam,dan smua dual2 -diva-
ingin ucapkan ribuan terima kasih,x mampu untuk aku lafazkan kat semua orang,just kt sini je mampu aku bagitau yang mana kemenangan ini hasil titik peluh korang smua,bukan just -diva-,-diva- tak akan menang tanpa bantuan dari korang,

penghargaan aku tujukan khas kepada

  • semua dual2 -diva-
  • semua ally tempat ku dibesarkan
  • semua kawan2 kt ally NRNS-NE®
  • semua kawan2 kat wing2
  • semua kawan2 kat CC mir
  • semua rakan2 WW
  • semua musuh2 aku
  • tapak farm aku
  • travian team
  • cikgu2 skolah
  • mak ayah aku gan korang
  • maxis broadband

tak lupa jugak kepada orang busuk hati,
centrino @ vista yang bermain kotor di akhir sver,.

note : berkawan biar seribu,jangan tikam kawan walaupun nak menang..cuba belajar erti SEHABAT dan REDHA

¤════════¤۩۞۩¤════════¤
If We Attack,We Attack Kow2
If We Defend,We Defend Kow2
¤════════¤۩۞۩¤════════¤

From : -DiVa-

Leave a comment

‘Tsuiso battle’ jadi tumpuan

KAWASAN parkir berhampiran Istana Kehakiman di Putrajaya tiba-tiba berubah menjadi litar lumba dan suasana ‘hangat’ mula menyelubungi, ditambah lagi dengan bunyi ekzos dan geseran tayar yang membingitkan telinga.

Bagi sesetengah orang, bunyi berkenaan dianggap pencemaran bunyi namun bagi peminat sukan drift, ia ibarat lantunan muzik yang membangkitkan rasa teruja.

DRIFT…sukan yang semakin mendapat perhatian ramai, terutama golongan muda.

TSUISO BATTLE…lebih mencabar dan menguji kemampuan pelumba untuk mengendalikan kenderaan mereka.

BERBAKAT…pelumba muda yang berjaya mencuri perhatian penonton.

Kelibat pelumba yang memandu kereta diubah suai mengikut kesesuaian sukan itu menjadi perhatian ramai walaupun belum menunjukkan kehebatan masing-masing.

KBS GT Radial Drift Battle yang berlangsung baru-baru ini bagai menghidupkan suasana kompleks kerajaan di Putrajaya yang lazimnya ‘sunyi’ pada hujung minggu.

Malah, hujan ketika pelumba rancak menunjukkan skil tidak menjejaskan kehadiran penonton, sebaliknya mereka terus terpaku melihat kenderaan meluncur laju dan dihidangkan dengan aksi drift yang mengagumkan.

Perlumbaan anjuran KBS dengan kerjasama syarikat pengeluar tayar, GT Radial itu menyaksikan penyertaan 35 pelumba (drifter) dari seluruh negara.

Pelumba diberi peluang menguji kenderaan masing-masing dan ‘mengkaji’ keadaan litar sebelum peringkat kelayakan dimulakan.

Inisiatif dibawa KBS ini dilihat cuba menampilkan sudut perspektif yang positif terhadap sukan yang sebelum ini sering dikaitkan dengan gejala lumba haram.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Madzrib Ibrahim berkata, perlumbaan ini diadakan sebagai usaha mempopular dan mengembangkan sukan permotoran, khususnya drift dan autoshow di kalangan masyarakat.

Katanya, tidak dapat dinafikan ada pihak memandang negatif terhadap belia yang terbabit dalam aktiviti lumba haram tanpa berusaha mewujudkan ruang untuk mereka melakukannya secara ‘halal’.

“Dengan penganjuran perlumbaan ini, ia boleh dijadikan platform untuk mendekati golongan belia secara telus sehingga ke peringkat akar umbi.

“Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan sukan ini juga satu daripada medium untuk memupuk perpaduan di kalangan komuniti belia,” katanya.

Selain itu, katanya, ia sebagai menyahut seruan Perdana Menteri yang mahu mempromosi Putrajaya sebagai Bandar Mesra Belia.

Justeru, pelbagai program diatur oleh KBS sepanjang tahun ini bagi merealisasikan hasrat dan pada masa sama golongan belia mendapat manfaatnya.

“Untuk perlumbaan KBS GT Radial Drift Battle, empat lagi pusingan akan dilangsungkan sebelum pusingan akhir yang dijangka diadakan pada Disember depan.

“Selain itu, KBS merancang mengadakan Autoshow dan Autokhana untuk menarik lebih ramai belia ke Putrajaya,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pasukan GT Radial, Benny Kerk berkata, dua kategori dipertandingkan iaitu novice dan expert.

Katanya, pada peringkat kelayakan hanya 16 daripada 35 pelumba yang mengambil bahagian akan terpilih ke peringkat seterusnya iaitu ‘tsuiso battle’.

“Di peringkat kelayakan, pemandu akan menunjukkan aksi dan kemahiran secara individu di mana mereka dinilai daripada aspek kelajuan, drift angle dan keupayaan untuk hampir pada ‘clipping point’.

“Setiap aspek yang dinilai menyumbang mata atau ‘point’ kepada pelumba dan mereka diberi dua peluang untuk menunjukkan kehebatan,” katanya.

Menurutnya, tiga clipping point ditanda dengan kon, di mana pelumba perlu bergerak serapat mungkin pada kon berkenaan tanpa melanggarnya.

Katanya, bahagian depan kereta perlu dirapatkan pada kon pertama, manakala untuk kon kedua bahagian belakang pula harus didekatkan dan kon ketiga, ia perlu dirapatkan pada bahagian depan kereta.

“Kon itu lazimnya diletakkan pada selekoh di dalam litar dan ia sememangnya menguji ketangkasan pelumba untuk mengawal stereng dan kenderaan mereka.

“Pada masa sama mereka (pelumba) perlu mencuri mata dengan melakukan angle iaitu kemampuan mengambil selekoh secara ‘menyenget’. Lagi besar angle dilakukan, lagi banyak mata diperoleh,” katanya.

Peringkat seterusnya adalah ‘tsuiso battle’ yang sememangnya dinantikan peminat drift kerana ia lebih menarik dan mendebarkan dan ia adalah pusingan kalah mati.

Pada peringkat ini, dua pelumba (A dan B) berentap sesama sendiri, di mana pelumba B yang berada di belakang perlu mengekori rapat pelumba A.

“Mata diberi berdasarkan jarak antara kedua-dua kenderaan itu. Kemampuan pelumba B untuk mengurangkan jarak akan memberi kelebihan kepadanya.

“Bagi pusingan kedua pula, pelumba B berada di depan dan pelumba A melakukan perkara sama. Jika jumlah mata yang dikumpul sama, pelumba terpaksa berentap sekali lagi hinggalah seorang daripada mereka dinobatkan sebagai pemenang,” katanya.

Hujan di pertengahan perlumbaan tidak mampu menyejukkan suasana yang sememangnya hangat dengan pelumba terus menampilkan aksi menarik biarpun keadaan litar basah dan licin.

Juara perlumbaan membawa pulang wang tunai RM300 berserta piala dan sijil, kedua (RM200), ketiga (RM100) manakala tempat keempat hingga kelapan menerima piala dan sijil.

Sukan drift terkenal dalam perlumbaan All Japan Touring Car Championship lebih 30 tahun lalu dengan Kunimitsu Takahashi selaku pengasas teknik drift pada 1970-an.

Ia merujuk kepada teknik memandu yang mana pemandunya sengaja mengambil selekoh dengan laju hingga hilang cengkaman pada tayar sambil mengekalkan kawalan kereta.

Bagi Mohd Nazam Shah Sulaiman, 28, hujan sedikit sebanyak menggoyahkan keyakinannya, sekali gus menggugat konsentrasinya untuk mempamerkan aksi cemerlang.

Katanya, sebelum perlumbaan dimulakan, dia meletakkan sasaran untuk menempatkan dirinya antara tiga pelumba teratas, namun hujan bagai menidakkan peluang itu.

“Pada permulaannya, saya yakin untuk menepati sasaran tetapi apabila cuaca bertukar mendung dan rintik-rintik hujan mula kelihatan, saya mula berasa ‘cuak’.

“Saya menggunakan enjin berkuasa turbo yang mempunyai prestasi tinggi dan laju, jadi apabila keadaan basah dan licin, ia mendedahkan saya kepada risiko terbabas,” katanya.

Dia yang tiga tahun bergiat secara aktif dalam sukan ini tetap berpuas hati biarpun sekadar menduduki tempat ketujuh secara keseluruhan.

Katanya, setiap perlumbaan disertainya dijadikan kayu pengukur kepada kemampuannya dan akan memastikan prestasinya meningkat.

“Lumrah dalam perlumbaan, setiap pelumba meletakkan sasaran untuk muncul sebagai juara, namun saya lebih mementingkan tahap prestasi.

“Melalui perlumbaan sebegini, ia sebenarnya memberi peluang kepada pelumba untuk berinteraksi dengan pelumba dari seluruh negara di samping berkongsi pendapat, skil dan kemahiran,” kata anak muda kelahiran Sungai Besar ini.

Jika dilihat corak perlumbaan sukan ini, pasti ada yang melabelkan ia sukan berbahaya dan berisiko tinggi.

Namun bagi Muhammad Zaiham Hamdan, 25, bahaya atau tidak bergantung kepada kemampuan pelumba untuk mengendalikan jentera masing-masing.

Katanya, bukan bermakna sukan ini sifar kecederaan tetapi ia boleh diatasi jika pelumba tahu apa patut dilakukan apabila berdepan situasi genting.

“Daripada kereta hinggalah pemandu, semuanya dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan. Sut dipakai mampu mengelak pemandu dijilat api jika berlaku kebakaran untuk tempoh tiga hingga lima saat.

“Mana-mana sukan di dunia mempunyai risiko kecederaan tersendiri, tetapi kita sebenarnya mampu meminimumkan kesannya,” katanya.

Melihat aksi anak muda kelahiran Kota Singa ini menimbulkan rasa kagum kerana dia antara nama yang disebut-sebut ketika perlumbaan berlangsung.

Memandu kereta jenis Silvia S15, dia menggunakan segala pengalamannya untuk memberi saingan kepada pelumba yang jauh lebih ‘senior’ daripadanya.

Walaupun tidak berjaya menempatkan diri antara lima terbaik akibat masalah teknikal, tidak langsung terlintas rasa kecewa.

Baginya, kalah menang adat pertandingan. Kalah dalam satu perlumbaan bukanl bermakna akan berterusan dirundung malang, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk menunjukkan aksi lebih hebat.

INFO

KBS GT Radial Drift Battle menyaksikan penyertaan kira-kira 35 pelumba di seluruh negara
Anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama syarikat pengeluar tayar, GT Radial
Sebahagian daripada kalendar aktiviti belia yang dirangka sepanjang pada tahun ini
Diadakan untuk menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu jadikan Putrajaya sebagai Bandar Mesra Belia

PROFIL

NAMA: Mohd Nazam Shah Sulaiman
UMUR: 28 tahun
ASAL: Sungai Besar, Selangor
KERETA: Toyota Levin AE86
ENJIN: Nissan Turbo
PENGALAMAN: Tiga tahun

PROFIL

NAMA: Muhammad Zaiham Hamdan
UMUR: 25 tahun
ASAL: Singapura
KERETA: Silvia S15
ENJIN: SR 20
PENGALAMAN: Setahun

Leave a comment